Gempa Bumi Kuat Landa Sumatera, Gegaran Turut Dirasai Di Malaysia

14 Mar 2022 • 11:10 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 5.09 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak di koordinat 0.6° Selatan dan 98.6° Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Katanya, gegaran turut dirasai di bahagian barat Semenanjung membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi kuat itu.

Pada 25 Februari lalu, beberapa kawasan di negara ini turut merasai gegaran susulan gempa bumi kuat yang melanda kawasan utara Kepulauan Sumatera, Indonesia.

Gegaran berukuran 6.2 pada skala Richter itu direkodkan pada jam 9.39 pagi (waktu Malaysia).

Netizen turut mendakwa mereka merasai kesan gegaran tersebut, namun pada kekuatan kecil.

Di Putrajaya, kakitangan di beberapa premis diarah keluar dari pejabat dan hospital selepas merasai gegaran tersebut.

Bagaimanapun, tiada insiden dilaporkan berlaku akibat gegaran berkenaan. - 14 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved