
Kota Kinabalu: Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah membidas Kerajaan Negeri yang mengenakan kutipan cukai jualan ke atas produk makanan laut dalam tempoh penangguhan cukai antara Mei 2021 dan Jun 2022.
Presidennya Arsani Arsat berkata tindakan itu mengejutkan kerana ramai pemain industri perikanan beranggapan bahawa Cukai Jualan Negeri (SST) lima hingga 10 peratus ke atas eksport makanan laut tidak akan dikenakan dalam tempoh penangguhan itu.

