
Vivo yang merupakan sebuah jenama telefon pintar kesukaan ramai akan melancarkan telefon pintar jenis skrin boleh lipat pada 11 April nanti. Apa yang menarik dibawakan Vivo agaknya ya?
Menurut laporan Fuzz.my, nama rasmi bagi telefon pintar itu juga telah didedahkan Vivo iaitu X Fold. Telefon pintar ini juga dikatakan lebih kurang sama je konsepnya dengan Samsung Galaxy Fold.

Itu sahaja maklumat yang didedahkan vivo buat masa ini. Walaubagaimanapun, terdapat laporan yang mengatakan bahawa vivo X Fold ini mungkin dilengkapi dengan skrin QLED yang menyokong FHD+.
Bukan tu jer, ia juga dijangka hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 serta bateri berkapasiti 4,300mAh yang menyokong 80w pengecasan pantas.
Ada yang berminat? Apapun, sama-sama kita tunggu sehingga hari pelancaran untuk mengetahui spesifikasi penuh tentang telefon pintar yang akan dilancarkan vivo ini.
Kredit: Fuzz.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
The post Vivo Bakal Lancar Telefon Pintar Jenis Skrin Boleh Lipat, Pesaing Samsung Galaxy Fold appeared first on Oh! Media.
