Pekerja Pembinaan Maut Dihempap Tong Pasir 

25 Mar 2022 • 2:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang lelaki maut selepas dihempap tong pasir ketika berkerja di tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang, pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila dihempap tong pasir ketika sedang bertugas di sebuah tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang, dekat Shah Alam, pagi tadi.

Mangsa yang juga warga Bangladesh itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 11.57 pagi dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

“Laporan awal diterima membabitkan seorang lelaki yang dihempap tong pasir di tapak pembinaan bangunan.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Getaran, 25 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved