Netizen Teruja Lihat Baju Berbunga Pengantin Sama Macam Aina Abdul Di AJL36 [Video]

Women's Fashion
7 Mar 2022 • 1:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Belum lagi habis bahang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36, tular baju perkahwinan pasangan ini yang dikatakan sama seperti baju persembahan Aina Abdul ketika menyanyikan lagu Nafas Cinta di AJL, semalam (6 Mac).

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna di TikTok yang juga merupakan seorang jurugambar, mendapat perhatian warganet apabila rata-rata mereka teruja melihat baju yang diperagakan oleh pengantin wanita itu.

Bunga semua fresh flower

Dalam video itu, beliau yang dikenali sebagai @hafeezakimi menyatakan bahawa bunga yang terdapat pada busana pengantin itu adalah bunga segar, antaranya Mawar, Baby Breath, Daisy serta banyak lagi.

Selain itu, menurut Hafeez busana yang ditatahias dengan bunga segar, yang bermula daripada bahagian atas hingga ke bawah baju itu bernilai ribuan ringgit.

Menerusi video juga kelihatan beberapa orang yang turut membantu pengantin wanita untuk membetulkan bunga di busananya.

Lebih-lebih lagi, keluarga pengantin ini juga kelihatan mesra dan sporting semasa sesi bergambar dimana mereka melakukan pelbagai aksi.

Aina Abdul terinspirasi dari akak ke ni?

Walau bagaimanapun, melihat kepada reaksi warganet ada yang menyatakan bahawa mungkin baju pokok yang dipakai oleh Aina Abdul ketika di AJL malam itu terinspirasi daripada baju pengantin ini.

Namun, tidak kurang juga ada yang memuji bajunya itu cantik serta ada juga yang bertanya bagaimana pengantin ini duduk dengan busananya itu.

Setakat jam ini, video ini telah mendapat sebanyak 113.5 ribu tontonan, 4960 tanda suka, 85 komen serta 148 perkongsian di TikTok.

image is not available

Macam mana dia nak duduk?

image is not available

Sumpah lawa.

image is not available