Wakil 7 Eleven Kongsi Cerita Sebenar, Mohon Henti Kecam Ibu Kanak-Kanak Viral

3 Mar 2022 • 9:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hari ini kecoh diperkatakan mengenai video viral memaparkan seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak dituduh mencuri.

Wanita itu walau bagaimanapun mengakui berlaku kesilapan dan telah memohon maaf dengan staf terlibat.

Terbaru, wakil daripada 7-Eleven Malaysia tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, lelaki itu berkata anak kepada wanita itu telah datang ke kedainya bersama tiga orang rakan. Tiba-tiba rakannya memberitahu pekerja kedai bahawa kanak-kanak itu telah mencuri.

Untuk mendapatkan kepastian, pekerja kedai bertanya kanak-kanak itu ‘betul ke adik mencuri?”

Cerita sebenar

Dipercayai berasa takut, kanak-kanak itu menangis dan berlari keluar.

Bagaimanapun, setelah membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV), pihaknya mendapati adik tersebut tidak mencuri dan tiada barang hilang.

Pekerja kedai dan ibu adik itu telah pun bermaaf-maafan dan pihaknya merayu orang ramai berhenti melemparkan kecaman.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.