Penumpang AirAsia Dikenakan Semula Surcaj Bahan Api

8 Mar 2022 • 12:38 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mulai hari ini (8 Mac) -- AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsanya.

Surcaj ini dikenakan susulan lonjakan harga bahan api yang terus meningkat disebabkan oleh keadaan di Eropah Timur serta faktor luaran lain.

Semua laluan domestik dikenakan surcaj RM10, laluan antarabangsa 1-2 jam (RM25), laluan antarabangsa 2-3 jam (RM35), laluan antarabangsa 3-4 jam (RM50) dan laluan antarabangsa melebihi 4 jam (RM60).

image is not available

Pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melangkaui AS$120 setong sekarang.

Menurut syarikat penerbangan itu, AirAsia tidak mengenakan sebarang surcaj bahan api sejak memansuhkannya pada 2015.

Sebaliknya, syarikat telah menyerap semua kenaikan kos bahan api ini sedangkan syarikat-syarikat penerbangan lain telah pun melaraskan tambang dan meningkatkan caj bahan api dan caj pentadbiran untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal tahun 2018 lagi.

image is not available

”Surcaj bahan api ini akan dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac 2022.

”Semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac 2022 tidak akan terjejas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved