Tidak Rasmi, Hasni Menang, Kekalkan Kerusi di Benut

Politics
12 Mar 2022 • 9:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meraikan kemenangan Hasni Mohammad di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor. - Gambar Azim Abd Rahman

JOHOR BAHRU - Calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Mohammad mendahului selesa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut dalam keputusan tidak rasmi setakat jam 8.50 malam ini.

Hasni meninggalkan pesaing terdekatnya daripada Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid dengan perbezaan 5,671 undi.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan Hasni mendapat 10,321 undian berbanding PN (4,650), PKR (1,113) dan PEJUANG (129).

BN bukan sahaja mengekalkan DUN Benut malah turut mempertahankan DUN Kukup dengan mencatatkan penambahan majoriti.

BN mempertahankan kerusi DUN itu dengan angka tidak rasmi majoriti 8,163 undi, selepas calon mereka, Datuk Jefridin Atan mendahului semua pencabar. - Getaran, 12 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved