
Tuaran: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM cedera selepas terlibat kemalangan membabitkam dua kenderaan di simpang UUC Telipok di sini, Isnin lalu.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.45 malam itu, keadaan mangsa berusia 32 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran kini dilaporkan stabil.
