Tindakan pantas bomba selamatkan dua individu

14 Mar 2022 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan dua individu yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Jalan Desa Jaya di sini pada Isnin.

Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata, bomba menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 10.23 pagi sebelum 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Seputeh, BBP Hang Tuah, BBP Bukit Jalil dan BBP bergegas.

"Kebakaran berlaku di tingkat tiga dan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita didapati terperangkap dalam bangunan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, bomba bertindak pantas memasang tangga jentera untuk mengeluarkan mangsa dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.46 pagi.

Tambah beliau, punca kebakaran masih dalam siasatan.