Resipi Ikan Masak Pedas Thai, Campak-Campak Je Siap!

Cooking
18 Mar 2022 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ikan masak pedas thai

Kali ini Oh! Media nak kongsikan dengan korang semua, resipi ikan masak pedas Thai yang sangat memukau, boleh ternaik kening makan ikan ni, haha!

Sesiapa yang suka makan ikan tu, haa bolehlah cuba buat resipi ni sebab rasa dia yang masam, manis dan pedas berlemak tu pasti akan buat korang tambah nasi dua hingga tiga kali! Memang padu weh rasa dia!

image is not available

Bahan-bahan

Pertama sekali, kalau nak masak ikan mestilah kena ada bahan wajib, iaitu ikan! Hehe. Untuk goreng ikan, bahan yang diperlukan adalah garam, kunyit dan juga tepung jagung.

Bahan-bahan kisar yang diperlukan pula adalah:

  • 1 biji bawang besar

  • 5 ulas bawang putih

  • 4 biji cili padi merah

  • 3 biji cili padi hijau

  • 2 batang akar ketumbar

Bila dah siap bahan-bahan untuk ikan dan bahan kisar, korang kena la sediakan bahan-bahan untuk buat kuah. Antaranya:

  • 1 biji bawang besar yang dihiris nipis
  • 1 batang serai dihiris nipis
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit air limau nipis
  • Daun limau purut
  • Sedikit air
  • 1/2 sudu besar gula
  • Serbuk perasa
  • Garam kalau perlu
  • Tomato
  • Daun ketumbar sebagai hiasan

Cara penyediaan

Lumur ikan dengan garam dan kunyit untuk bagi ikan tu berseri! Letak sikit tepung jagung untuk bagi ikan rangup, baru lah sedap!

Dah siap, korang panaskan ikan dan goreng ikan sampai lah ikan masak. Dah masak, angkat dan letak tepi.

image is not available

Bila minyak dah panas, tumis 1 biji bawang besar dan 1 batang serai yang dihiris nipis tadi.

image is not available

Bila bawang dan serai tadi dah kekuningan, masukkan bahan-bahan kisar yang dah dikisar. Kacau sehingga pecah minyak!

Tips untuk masakan sedap, korang kena tumis bahan kisar sampai garing dan pecah minyak tau, baru lah masakan jadi sedap!

image is not available

Kemudian, masukkan 3 sudu sos cili, 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos ikan dan sedikit air limau nipis. Kacau-kacau sehingga pecah minyak lagi.

image is not available

Kemudian, masukkan daun limau purut dan masukkan air sedikit, tunggu sehingga mendidih.

image is not available

Dah mendidih, masukkan 1/2 sudu besar gula, step ni korang ikut tahap kemanisan yang korang suka. Kalau suka manis, masuk lebih sikit. Boleh tambah serbuk perasa kalau korang nak.

Rasa apa yang tak cukup, boleh tambah garam kalau kurang masin! Ikut selera masing-masing ok!

image is not available

Bila semua dah rasa perfect, korang boleh tutup api dan masukkan tomato dalam kuah. Kemudian, curah kuah pedas Thai ini dekat atas ikan yang dah siap goreng tadi!

Fuhh, time ni korang mungkin akan telan air liur sebab bau dia naik semerbak, tambah pula dah tuang atas ikan, rasa nak makan terus! Hahaha.

Bolehlah tambah daun ketumbar dekat atas ikan tadi untuk naikkan seri lauk dan siap!

image is not available
image is not available

Itulah dia resipi ikan masak pedas Thai yang confirm akan mengangkat kening korang kalau makan! Rasa dia memang memukau sehingga menjilat jari. Jangan lupa untuk tag Oh! Media kalau korang cuba resipi yang dikongsikan oleh Liza Idris ni okay!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media