“Tengok Tu Mama, Orang Kaki Robot.” – Kaki Prostetik ‘Diejek’, Lelaki Terkejut Ibu Kanak-Kanak Tunggu Di Parkir Untuk……

Family & Parenting
28 Mar 2022 • 5:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang lelaki di Twitter baru-baru ini mendapat perhatian netizen terutamanya golongan yang berstatus ibu bapa.

Menurut mStar, Nek Muhammed Sofwan Najim Nek Ali, 21, telah ke pasar raya Mydin di Alor Setar pada Jumaat lepas.

Ketika berada di sana, dia terdengar seorang kanak-kanak berkata sesuatu kepada si ibu,

Tengok tu mama, orang kaki robot.”

Kata Sofwan, dia terpaksa menjalani pembedahan memotong kakinya pada 2019 kerana penyakit spina bifida.

image is not available

Menerusi perkongsian Sofwan, dia tidak menyangka ibu kanak-kanak tersebut menunggu di ruang parkir untuk meminta maaf.

Jelasnya lagi, situasi sebegitu jarang berlaku dan kebiasaannya sesetengah para ibu akan menggunakan kekurangannya untuk memberikan ‘pengajaran’ kepada si anak. Contohnya,

Duduk diam-diam, nanti kaki kena potong macam abang tu.”

Ramai netizen yang membaca perkongsian itu memuji si ibu kerana mendidik anaknya dengan cara yang betul dan mengajarnya tentang meminta maaf.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Pengotornya!" - Makan Aiskrim Atas 'Pad', Sekumpulan Lelaki Bikin Netizen Loya