Covid-19: 63 kematian baharu, 21 BID

22 Mar 2022 • 8:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 63 kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,463.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,245 kes.

image is not available

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 28 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perlis menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 58 kematian, diikuti Kedah dengan 58 dan Perak (56).

KKM turut merekodkan 17,828 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,010,952.

image is not available

Terdapat 263,821 kes aktif di seluruh negara dengan 255,133 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,447 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Kadar penggunaan katil di ICU ialah 59 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.7 peratus.