Wanita warga emas melecur rumah terbakar

21 Mar 2022 • 9:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEREMBAN - Seorang wanita melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Nilai, Nilai dekat sini, petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bakarya Mohd Salleh berkata, wanita berusia 64 tahun itu melecur kira-kira 20 peratus hampir separuh badan akibat kebakaran.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran rumah itu pada 1.10 petang.

"Rumah kayu berukuran 60x70 kaki persegi musnah terbakar dan terdapat seorang wanita yang ketika itu sedang berada di belakang rumahnya. Badan wanita itu melecur hampir separuh badan.

"Anggota bomba menggunakan laluan tepi pagar rumah jiran untuk membawa keluar mangsa dari rumah dan wanita itu telah dihantar ke Klinik Kesihatan Nilai untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya, api dapat dikawal 30 minit dan operasi berkenaan melibatkan 17 anggota daripada BBP Nilai dan BBP Mantin. Punca dan kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved