Jangan Panik, Kit Ujian Kendiri COVID-19 Mencukupi

12 Mar 2022 • 2:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pembelian panik kit ujian kendiri COVID-19 kerana bekalan alat itu mencukupi di pasaran sehingga kini.

Tindakan panik itu boleh menyebabkan bekalannya menyusut di sesebuah premis.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, keperluan melakukan ujian kendiri hanya apabila seseorang menghadiri majlis besar, mengunjungi warga emas atau bertemu individu lemah imunisasi tubuh atau menunjukkan gejala COVID-19.

“Mengikut cara profesional penjagaan kesihatan sendiri, kita tidak menjalankan ujian kendiri secara harian, melainkan jelas diperlukan berbuat demikian dalam situasi berisiko tinggi tertentu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Kar Chai berkata, disebabkan kebolehjangkitan varian Omicron tinggi, jumlah kes positif harian akan meningkat sehingga negara mencapai kemuncak.

“Justeru, adalah berhemat untuk kita menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya, walaupun ketepatan kit ujian kendiri mungkin tidak setanding dengan ujian kit ujian pantas antigen (RTK Ag) dan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) profesional, ia berguna dalam mengesan kehadiran virus pada kes bergejala. – Getaran, 12 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved