Gempa bumi lemah berlaku di Beluran, Sabah

28 Mar 2022 • 10:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter berlaku di Beluran, Sabah pada 8.39 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman tujuh kilometer (km) itu berlaku pada jarak 47km Timur dari Pitas, Sabah.

Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di Beluran dan kawasan sekitarnya.

— BERNAMA