Subaru WRX STI Berkuasa Petroleum Ditamatkan Bagi Memberi Tumpuan Kepada Kenderaan Elektrik

TechnologyDigitalCars
14 Mar 2022 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Satu lagi ikon dunia automotif akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Subaru mengumumkan mereka akan menamatkan pengeluaran Subaru WRX STI dengan enjin petroleum pada penghujung minggu lalu bagi memberikan tumpuan kepada pengeluaran kenderaan elektrik di masa hadapan.

image is not available

Sebab lain mengapa WRX STI dengan enjin pembakaran dalam tidak akan lagi dihasillan adalah kerana keperluan memenuhi piawaian pengeluaran gas rumah hijau dan Corporate Average Fuel Economy (CAFÉ) yang lebih ketat. Subaru sudahpun memulakan langkah ke arah kenderaan elektrik mereka dengan Solterra dan dalam masa terdekat WRX STI berkuasa bateri akan ditawarkan kepada pengguna yang ingin kenderaan sifar pencemaran berprestasi tinggi.

Dengan pengumuman ini, sejarah Subaru WRX yang bermula pada tahun 1992 berasaskan model Impreza akhirnya tamat.

View Original Article