iOS 14.5 Kini Hadir – Membolehkan iPhone Di Nyah-Kunci Walau Ketika Pakai Pelitup Muka

TechnologyDigital
15 Mar 2022 • 1:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini iOS 14.5 kepada para pengguna iPhone seluruh dunia, sekaligus membawakan salah satu ciri yang dinantikan ramai, iaitu nyah-kunci iPhone anda menggunakan FaceID walaupun ketika memakai pelitup muka.

Namun, ciri ini hanya terhad kepada penggua iPhone 12 dan iPhone 13, menjalankan iOS 15.4 sahaja. Pengguna iPhone generasi lain mungkin boleh gunakan kaedah bersama Apple Watch untuk memudahkan anda nyah-kunci peranti ketika memakai pelitup muka.

Dengan langkah ini, anda boleh menggunakan imbasan Face ID untuk mengakses peranti – dan tidak perlu tanggalkan pelitup muka untuk nyah-kunci.

Disamping itu, iOS 14.5 turut hadir dengan sejumlah emoji baharu, suara Siri baharu, selain beberapa kemaskini melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh ke halaman Settings > General > Software Update untuk memulakan proses kemaskini hari ini.