
Kota Kinabalu: Perkhidmatan “Pandu Lalu” Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang bermula Jumaat menerima sambutan memberangsangkan, kata Mayor Noorliza Awang Alip.
Noorliza, dalam kenyataan, berkata sebanyak 134 transaksi telah diurus membabitkan pembayaran cukai kadaran, kompaun, pembaharuan lesen perniagaan dan lain-lain setakat Jumaat.


