Apple Umum Pilihan Warna Baru Untuk iPhone 13

Digital
9 Mar 2022 • 5:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Menerusi Apple Event yang berlangsung pagi tadi bukan setakat melancarkan iPhone SE baru dan iPad Air je, Apple juga turut menawarkan warna baru untuk iPhone 13.

iPhone 13 yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas itu diberi satu lagi pilihan warna baru iaitu hijau.

Bagi sesiapa yang berminat dengan warna baru ini, korang dah boleh dapatkannya di laman rasmi Apple tau.

Untuk info, cipset yang didatangkan pada iPhone 13 iaitu A15 Bionic juga digunakan pada model iPhone SE terbaru yang baru saja dilancarkan malam tadi. 

Memang terbaik, dengan harga bermula RM2,099 je korang dah boleh dapat iPhone dengan prestasi yang sama dengan iPhone 13, tapi rekabentuk seperti iPhone model lama. Apa pandangan korang?

Kredit: Apple Event

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.