Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kurangkan Kebergantungan Kepada Ujian RT-PCR

15 Mar 2022 • 2:14 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Memandangkan negara bakal beralih dari Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April ini -- orang ramai digalakkan untuk mengurangkan kebergantungan kepada ujian RT-PCR.

Sebaliknya menggunakan sahaja Kit Ujian Pantas (RTK-Ag) Antigen (RTK-Ag).

Itu saranan daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu perkongsian di Twitter rasmi beliau.

image is not available

Berikut disenaraikan 5 sebab utama mengapa saranan tersebut dicadangkan kepada orang ramai :-

1. PCR lebih mahal berbanding Kit ujian pantas (RTK) Antigen yang lebih murah dan mudah didapati.

2. Keputusan PCR mengambil masa yang lama, antara 24 jam hingga 48 jam. Keputusan ujian RTK boleh diperolehi dalam tempoh 15 minit.

3. Pakar kesihatan berpendapat RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi.

4. Ada sesetengah Ujian PCR akan terus menunjukkan positif meskipun pesakit sudah pulih kerana mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi.

5. Ujian RTK lebih efektif ketika negara mendepani gelombang Omicron bagi mengesan kes positif dengan lebih pantas.