Bahana Cuba Khidmat Seks, Wang Simpanan RM10,000 Lesap Dikapur Sindiket

14 Mar 2022 • 6:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

MELAKA TENGAH - Bahana seks haram, seorang penuntut kolej swasta berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM10,000 lesap dikapur sindiket, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Deputi Superintendan  (DSP) Azmi Aziz berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun itu menjumpai pautan perkhidmatan seks yang ditawarkan sindiket terbabit ketika melayari aplikasi Twitter.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran perkhidmatan itu kemudian berhubung dengan sindiket berkenaan melalui Telegram menggunakan nama @XIAOAI18 selepas menekan pautan diberikan.

“Pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada mangsa berharga RM300 untuk tempoh dua jam dan remaja lelaki itu perlu membuat bayaran melalui tambah nilai Razer Gold.

“Untuk membuat bayaran, mangsa diminta menunggu di hadapan sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam kira-kira jam 1 petang pada hari yang sama,” katanya.

Azmi berkata, mangsa dihubungi seorang lelaki dan diminta agar membuat bayaran deposit tambahan sebagai cagaran.

“Cagaran itu adalah untuk memastikan wanita yang dilanggan tidak dicederakan oleh mangsa.

“Remaja terbabit kemudian membuat lima transaksi bayaran ke akaun diberikan sindiket dengan jumlah menggunakan wang simpanannya,” katanya.

Menurut Azmi, mangsa menyedari sudah ditipu apabila tidak menerima panggilan daripada mana-mana pekerja seks pada petang itu walaupun sudah menjelaskan semua bayaran.

“Dia kemudian hadir ke Balai Polis Bukit Baru untuk membuat laporan pada hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Susulan insiden, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran mencurigakan yang dibuat khususnya di media sosial dan terlebih dahulu membuat semakan ke atas nombor akaun diberikan,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved