Nokia Melancarkan Komputer Riba PureBook Dengan Intel Core-i3 Gen 12 Dan Skrin 17-Inci

TechnologyDigital
1 Mar 2022 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas perniagaan telefon pintar Nokia dijual kepada Microsoft, Nokia yang dahulu tidak lagi wujud. Kemunculan semua Nokia di bawah HMD Global bermula garang tetapi kini mereka tidak lagi mengeluarkan peranti yang kompetitif. Sejak itu nama Nokia digunakan pada TWS, televisyen dan fon kepala. Menerusi pelesenan oleh OFF Global yang berasal dari Perancis, Nokia menyertai pasaran komputer riba sejak 2020.

image is not available

Siri Nokia PureBook telah dikemaskini dengan PureBook 17.3 dan PureBook 15.6 semalam. Komputer riba Windows 11 yang ditawarkan dalam skrin 17.3″dan 15.6″ menggunakan cip Intel Core i3-1220P, memori sebesar 8GB RAM, storan SSD sebesar 512GB dan bateri sebesar 63/57 Whr.

image is not available

Kerangka diperbuat daripada aluminium dengan papan kekuncinya pula hadir dengan sokongan lampu serta pad sesentuh yang besar. Konfigurasi adalah mirip sebuah MacBook dengan speaker stereo menembak ke atas. Pilihan I/O adalah 2x USB-C 3.2, 1x USB-A 3.2 dan bicu audio 3.5mm. Kerana saiznya yang besar, Nokia PureBook 17.3 adalah seberat 2.5kg manakala Nokia PureBook 15.6″ pula seberat 1.7kg.

image is not available

Di Eropah Nokia PureBook 17.3 dijual pada harga €799 (~RM3750)dan Nokia PureBook 15.6 pada harga €699 (~RM2812).