Tabs Safa Bandaraya terima sijil perak daripada FAM

23 Mar 2022 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tabs Safa Bandaraya menerima sijil perak daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai pengiktirafan terhadap program pembangunan bola sepak akar umbi mereka di Sabah.

Ketua Program Akar Umbi FAM, Cameron Ng menyerahkan sijil itu kepada Timbalan Pengerusi Tabs Safa Bandaraya, Lokman Sunggim di Pejabat Tabs pada Ahad lalu.

“Sijil ini sebagai pengiktirafan terhadap usaha yang dilakukan TABS dalam menjayakan program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau menambah bahawa mereka akan bekerjasama dengan Tabs untuk menganjurkan kejohanan bola sepak Superimau di Kota Kinabalu pada Jun.

Sementara itu, Lokman berkata mereka mengalu-alukan rancangan FAM untuk mengadakan kejohanan Superimau melibatkan pemain bawah 12 tahun di negeri ini.

“Tabs akan memberikan kerjasama yang sewajarnya untuk membolehkan kejohanan seperti itu diadakan supaya pemain mendapat pendedahan di usia muda, dan kami sangat berterima kasih kepada FAM kerana mempunyai perancangan yang baik untuk program itu.”

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tabs, Amsir Abdullah, Ketua jurulatih, Matasan Ahmad, penolongnya, Roslan Wasli dan sebahagian jurulatih Tabs.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.