Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Sensor 1/1.1-inci untuk Xiaomi 12 Ultra

TechnologyDigital
27 Mar 2022 • 2:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apa yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti gambar pada telefon pintar sekarang bukan lagi peningkatan megapixel tetapi saiz fizikal sensor itu sendiri. Terdapat ura-ura Sony sedang membangunkan sensor Sony Exmor IMX800 sebesar 1/1.1-inci untuk Xiaomi 12 Ultra yang akan menjadikannya antara sensor terbesar pernah digunakan pada telefon pintar.

image is not available

IMX800 walau bagaimanapun masih lebih kecil berbanding sensor 1″ yang digunakan pada  Leitz Phone 1 tahun lalu. Siri XIaomi Ultra memang akan menggunakan teknologi fotografi terkini sejak ia dilancarkan. Maka kebarangkalian ura-ura ini menjadi kenyataan adalah agak tinggi. Masih tiada maklumat bilakah 12 Ultra akan dilancarkan pada waktu ini tetapi dipercayai mungkin seawal April ini.

View Original Article