“Apa PBT Buat?” – Tak Pakai PPE, Netizen Puji Pekerja Masuk Longkang Bersihkan Sisa Minyak Tersumbat

11 Mar 2022 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ng Sze Han yang berkongsi beberapa keping gambar seorang pekerja yang sanggup masuk ke dalam longkang untuk membersihkan sisa minyak tersumbat.

Menerusi ciapan tersebut, Ng Sze Han berharap restoran di kawasan tersebut lebih bertanggungjawab dengan mengitar semula minyak masak terpakai mereka dan bukan membuangnya ke dalam longkang.

Difahamkan, kejadian berlaku di Taman Kinrara Seksyen 1 dan perkongsian gambar pekerja itu telah mendapat perhatian orang ramai.

image is not available

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata orang ramai menggalakkan restoran di kawasan tersebut untuk menggunakan grease trap di kedai mereka dan mengumpul sisa minyak mereka untuk dikitar semula.

“Dulu pernah inspect grease trap bau dari tepi dah padu, bayangkan kena masuk ceni,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Pelik la kalau ada lagi restoran yang buang je sisa minyak macamni, kalau kumpul jual balik boleh dapat ratus ratus kot” tulis seorang lagi pengguna.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang memuji tindakan murni pekerja tersebut yang sanggup berkotoran membersihkan longkang tersumbat dan mempersoalkan tentang tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerja yang tak semua orang akan buat. Respect bro,” tulis seorang warganet.

“Dah jadi macam 3rd world country, Anyway apa PBT buat?,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO) Kejadian Tanah Runtuh Di Ampang, 4 Mangsa Terkorban, 15 Buah Rumah Rosak