Mangsa banjir Beaufort meningkat kepada 48 orang di PPS

24 Mar 2022 • 10:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BEAUFORT - Jumlah mangsa banjir dari Kampung Suasa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Mohd Dun Banir di sini meningkat kepada 48 orang berbanding 43 orang pada petang Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu melibatkan mangsa daripada 15 keluarga yang dipindahkan ke PPS itu sejak Selasa lepas.

"PPS berkenaan mula dibuka pada Isnin lepas sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu," menurut kenyataan itu malam Khamis.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memberitahu pasukan bomba dengan bantuan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) menjalankan operasi membantu tiga individu di Kampung Karamatoi, Sook, yang memohon bantuan untuk menyeberangi laluan dinaiki air untuk ke hospital.

"Pasukan bomba bersama APM berjaya membantu mangsa menyeberangi jalan yang dinaiki air menggunakan lori APM dan seterusnya dihantar ke Klinik Sook menggunakan pacuan empat roda bomba," menurut kenyataan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved