Dua lelaki dicari polis bagi bantu siasatan kes tipu

25 Mar 2022 • 12:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak berkata, kes penipuan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"JSJK Kuala Lumpur memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kedua-dua lelaki ini bagi membantu siasatan.

"Alamat terakhir Thamotharan adalah di 47/265, Taman Bukit Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

"Tong Kah Hoe pula beralamat 153 Lorong Mata Air, Setapak, Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, sebarang maklumat berkenaan kedua-dua lelaki berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat JSJK Kuala Lumpur, Inspektor S Anand Kumar di talian 014-3070911 atau mana-mana balai polis berhampiran.