26,250 jumlah harian terbaharu Covid-19, kes serius tetap rendah

13 Mar 2022 • 11:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 MAC: Sebanyak 26,250 kes jangkitan harian covid-19 direkodkan semalam iaitu turun 6,550 kes berbanding kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes serius kekal rendah iaitu hanya 177 atau 0.67 peratus manakala kategori satu (tanpa gejala) dan dua (gejala ringan) direkodkan sebanyak 26,073 atau 99.33 peratus.

“Daripada 177 kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 43 kes atau 24.39 peratus membabitkan individu yang tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 91 kes atau 51.41 peratus membabitkan individu yang sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak dan 43 kes atau 24.29 peratus adalah individu yang sudah menerima dos penggalak.

“99 kes atau 55.93 peratus membabitkan pesakit berusia 60 tahun dan ke atas, 77 kes atau 43.5 peratus individu yang mempunyai komorbid dan baki dua kes atau 1.13 peratus adalah ibu mengandung,” katanya.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 8,652 kes (32.96 peratus)
Kategori 2: 17,421 kes (66.37 peratus)
Kategori 3: 70 kes (0.26 peratus)
Kategori 4: 60 kes (0.23 peratus)
Kategori 5: 47 kes (0.18 peratus)

Sebanyak 77 kes kematian dilaporkan semalam termasuk 23 kes kematian di luar hospital, menjadikan angka keseluruhan kepada 33,720 kes.

Jumlah kes terkumpul keseluruhan setakat semalam adalah 3,801,036 kes, manakala 3,443,532 pesakit dilaporkan sembuh termasuk 25,089 kes semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved