Tongod Dilanda Banjir, 153 Penduduk Dipindah

23 Mar 2022 • 9:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota JBPM membantu mangsa menyelamatkan harta benda daripada ditenggelami air. - Gambar ihsan JBPM

TONGOD - Seramai 153 penduduk dipindahkan selepas kediaman mereka Kampung Minusuh, di sini, ditenggelami air lewat malam, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, penduduk dipindahkan secara berperingkat sehingga jam 6 pagi tadi.

“Semua mangsa ditempatkan sementara di Pejabat Kesihatan Kampung Minusuh kerana setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka secara rasmi,” katanya.

image is not available
Antara penduduk yang dipindahkan selepas banjir melanda Tongod, lewat malam, semalam.

Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan ekoran kejadian tersebut.

“Banjir dipercayai berpunca daripada hujan lebat selama beberapa jam di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, 43 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Banir selepas banjir melanda di Kampung Sausa, Beaufort, sejak kelmarin. - Getaran, 23 Mac 2022

View Original Article