Kecoh Orang Kata Keluar KWSP Jejaskan Skor Kredit, Ini Jawapan RHB

Business & Finance
19 Mar 2022 • 3:24 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
KWSP

Sudah pasti ketika ini pencarum KWSP berasa lega selepas akhirnya kerajaan setuju untuk membenarkan pengeluaran simpanan mereka sebanyak RM10,000. Bagaimanapun, ada pula orang yang berlagak pandai mengatakan pengeluaran KWSP ini akan menjejaskan skor kredit bank yang menyukarkan mereka untuk membuat sebarang loan di masa akan datang.

Bagi menjawab dakwaan ini, pihak RHB melalui Twitter rasmi tampil menjelaskan perkara sebenar dan menafikan dakwaan terbabit.

“Berhubung perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa pengeluaran KWSP termasuk pengeluaran khas, tidak jejaskan skor kredit pelanggan dan kelulusan pinjaman oleh pihak bank.” – Kata RHB.

Ini bermakna dakwaan terbabit langsung tidak masuk akal kerana tidak ada kena mengena dengan pihak bank. RHB turut memaklumkan kelulusan permohonan pinjaman hanya tertaklu kepada keputusan pihak bank selepas melihat penilaian kredit akhir permohon.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article