Lelaki tular pukul anak tiri serah diri

12 Mar 2022 • 10:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang tular memukul anak tirinya berusia lima tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, suspek hadir ke IPD Shah Alam sekitar jam 12.30 tengah malam dan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah.

"Suspek direman tiga hari mulai Sabtu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan pihak polis sedang memburu suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Laporan dibuat oleh seorang wanita yang merupakan ibu kepada kanak-kanak berumur lima tahun tersebut pada 11 Mac lalu.

Ibu mangsa mendakwa anak lelakinya itu dipukul oleh suami baharunya yang juga bapa tiri kepada mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved