Lelaki OKU korban kelima banjir di Kelantan: Polis

4 Mar 2022 • 6:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TUMPAT: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 20 tahun yang dilapor hilang Rabu lepas, ditemukan lemas berdekatan rumahnya di Kampung Tok Sangkut dekat Repek, Pasir Mas, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki itu yang mempunyai masalah pembelajaran dilapor hilang ketika bermain air di hadapan kedai milik keluarganya.

Mayat Muhamad Faizal Ab Rahman ditemukan pada pukul 10 pagi oleh pasukan penyelamat, tidak jauh dari kawasan dia dilapor terjatuh.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan penduduk kampung. Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Masjid Kampung Simpangan Hilir, di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian terbaharu itu merupakan kes ketiga melibatkan kehilangan nyawa akibat bencana banjir di Pasir Mas dan yang kelima bagi negeri ini.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved