Adegan Keterlaluan Tidak Sensitif Terhadap Budaya Kesopanan, Kesusilaan Rakyat Malaysia

24 Mar 2022 • 5:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

FINAS-ADEGAN

ADEGAN KETERLALUAN TIDAK SENSITIF TERHADAP BUDAYA KESOPANAN, KESUSILAAN RAKYAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Video adegan keterlaluan dalam drama bersiri yang bakal ditayangkan di saluran televisyen swasta, yang dimuat naik di portal Twitter oleh seorang pelakon tempatan baru-baru ini, dilihat sebagai tidak sensitif terhadap budaya kesopanan dan kesusilaan diamalkan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata sebarang penggambaran sebegini, tidak sewajarnya berlaku dan Finas memandang serius isu tersebut.

“Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara adalah bukan di bawah bidang kuasa Finas, namun selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesen penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6(2).

“Finas boleh membatalkan sesuatu lesen jika pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan berkenaan dengan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak,” katanya.

Md Nasir berkata sebagai badan peneraju industri perfileman negara, Finas menyeru para penggiat industri kreatif lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya.

-- BERNAMA

TAG: finas, adegan, pelakon, filem, drama


NNAI YAZ HIS
 

Wednesday, 23 March 2022