FIFA, UEFA gantung Rusia

Football
1 Mar 2022 • 10:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menggantung pasukan kebangsaan dan kelab Rusia daripada semua pertandingan berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine, kata badan itu dalam satu kenyataan bersama.

"Komuniti bola sepak kini bersolidariti penuh dengan semua pihak yang terjejas berikutan pergolakan di Ukraine pada ketika ini.

"Kedua-dua Presiden FIFA dan UEFA berharap situasi di Ukraine akan segera bertambah baik supaya bola sepak boleh menjadi vektor untuk perpaduan dan keamanan seluruh dunia," kata kenyataan itu.

Terdahulu beberapa persekutuan sukan juga mengambil tindakan membatalkan penganjuran kejuaraan di negara yang tadbir Presiden Vladimir Putin, yang turut digantung daripada jawatan Presiden Kehormat Persekutuan Judo Antarabangsa (IJF) oleh badan induk tersebut.