
Kota Kinabalu: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) akan dilancarkan secara rasmi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 13 Mac oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Timbalan Presiden KDM, Datuk Juil Nuatim, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, berkata demikian selepas beliau mempengerusikan mesyuarat jawatan-kuasa itu di SICC, di sini, Selasa.
Beliau berkata Ketua Menteri dijangka tiba pada jam 12 tengah hari pada majlis itu yang akan dihadiri 1,200 pemimpin dan ahli parti selain tetamu jemputan.
“Kita juga telah menjemput semua presiden parti politik di Sabah untuk menghadiri majlis tersebut, khususnya parti dalam GRS,” katanya, menambah acara itu akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP). Bagi pihak jawatankuasa, beliau turut memohon maaf kepada pihak lain yang ingin hadir tetapi tidak dapat menyertai majlis tersebut disebabkan syarat SOP.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
