Spotify Membayar Royalti Sebanyak $7 Bilion Sepanjang 2021 Tetapi Hanya 1050 Artis Menerima Bayaran Lebih $1 Juta

TechnologyDigital
25 Mar 2022 • 7:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Spotify mengumumkan mereka membayar royalti $7 bilion kepada artis sepanjang 2021 yang merupakan peningkatan dari $5 bilion sepanjang 2020. Dari jumlah ini, hanya 1050 artis sahaja menerima bayaran melebihi $1 Juta dan hanya 50,000 menjana $10,000 menerusi penstriman di platform ini.

image is not available

Kesemua matriks menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2020 tetapi seperti yang dapat dilihat, pendapatan yang dijana menerusi Spotify tidak boleh dianggap lumayan oleh kebanyakan artis. Dengan pandemik menghalang konsert dari diadakan, ramai artis perlu menjana pendapatan menerusi jualan album dan penstriman semata-mata. Lebih menarik menurut Spotify platform mereka kini mempunyai lebih 8 juta artis dengan 2.6 juta telah memuat naik sekurang-kurangnya 10 lagu.