Selepas Samsung, Xiaomi Mi 11 pula kantoi tipu skor Geekbench

Digital
29 Mar 2022 • 11:21 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengasas bersama Geekbench telah mendakwa yang Xiaomi Mi 11 telah mencatu prestasi telefon untuk aplikasi-aplikasi tertentu. Menurusi satu utusan Tweet, merek mengesan yang skor penanda aras jadi lebih rendah apabila perisian Geekbench disamarkan menjadi perisian permainan seperti Genshin Impact dan Fortnite.

Antara angka yang dikongsikan adalah, penurunan skor eka teras sebanyak 30% dan skor multiteras menurun sebanyak 15%.

Setakat hari ini, sudah dua pengeluar telah dicekup menurunkan prestasi flagship tahun 2022. Selain Xiaomi, Samsung adalah pengeluar kedua yang saya maksudkan dan kesannya agak parah kepada jenama itu.

CEO Samsung telah memohon maaf dalam mesyuarat tahunan Samsung untuk pemegang saham kali ke-54. Kemudian, 4 siri Samsung Galaxy S telah dibuang daripada carta Geekbench.

Adakah Geekbench akan lakukan perkara yang sama ke atas Xiaomi?

Bacan berkaitan