“Ni Tanda ‘Service’ Lambat!” – Menyempat Nak Rakam, Pemilik Restoran Dikecam ‘Sidai’ Rider?

24 Mar 2022 • 2:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sering kali kita dengar netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan khidmat penghantaran makanan di media sosial.

Bagaimanapun, keadaan berlaku kadang kala bukanlah salah rider terbabit tetapi ia juga melibatkan tempat restoran dimana pelanggan membuat pesanan.

Untuk seseorang yang bekerja sebagai penghantar makanan, situasi apabila ‘disadai’ sudah pasti merupakan satu hal yang menyusahkan.

Melalui perkongsiaan satu video yang dimuat naik oleh seorang pemilik restoran, ia dapat dilihat sekumpulan rider sedang menunggu pesanan di luar kedai.

Di dalam video terbabit, pemilik restoran itu mengucapkan rasa syukur kerana restorannya mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai.

image is not available

Biarpun pemilik rasa syukur dengan kehadiran abang-abang rider itu, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza, dimana merasakan tindakan pemilik tersebut merakam pada waktu itu sama sekali tidak sesuai.

Pada pandangan mereka, membantu untuk mempercepatkan servis lebih baik dari merakam, malah ada juga berpendapat sepatutnya pemilik harus memberi rider itu semua minuman percuma, memandangkan proses pembuatan makanan agak lambat.

image is not available 21 jam lalu

“Bawa Makanan Bukan Sampah” - Lelaki Tegur Beg Berdaki, Sekali Abang ‘Rider’ Bersuara...