Naqiu, Tomok & Black Bakal Meriahkan Pentas Akhir Mic On!

Music
30 Mar 2022 • 3:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Selepas sembilan minggu bersiaran, Mic On!, program realiti berkonsepkan pertandingan pencarian bakat yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi di Awesome TV kini berada di pusingan akhir. 

Minggu separuh akhir yang berlangsung pada Jumaat lalu mengejutkan ramai pihak apabila ketiga-tiga Juri Tetap, Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu sebulat suara menggunakan imuniti masing-masing dan mengumumkan tiada sebarang penyingkiran pada minggu tersebut. 

Kedudukan ketujuh-tujuh peserta, Tuah, Zakir, Hafiy, Bulan, Yulia, Aiman dan Haze dilihat selamat dan kesemua mereka berjaya ke pentas akhir yang disiarkan secara langsung di Awesome TV pada Jumaat ini. 

Pentas akhir Mic On! Ini bakal menyaksikan finalis diberikan dua cabaran tugasan bertemakan  ‘Bebas’ dan ‘Tribute Untuk Juri’.

image is not available

Bagi tugasan ‘Bebas’, Team Fad  iaitu Tuah akan membawakan lagu  ‘Salam Terakhir’ yang dipopularkan Sudirman Haji Arshad, Zakir – ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan Typewriter)  dan Hafiy - ‘Biru Mata Hitamku’ (Wings). 

Team Ajak pula iaitu Bulan akan mempersembahkan lagu ‘Segalanya Ku Terima’ (Ilusi) dan Yulia - ‘Gemilang’ (Jaclyn Victor). Manakala team Ropie pula, Aiman akan mendendangkan lagu  ‘Tiga Malam Tanpa Bintang’ nyanyian Fiq dan Haze  -  ‘Suratan Atau Kebetulan’ (Kenny, Remy & Martin). 

Bagi segmen Tribute Untuk Juri pula, Team Fad iaitu Tuah akan mendendangkan lagu  ‘Cintaku 100 persen’ (Mas Idayu ft. Waris & Justhin), Zakir - ‘Hukum Karma’ (Wings)  Hafiy - ‘Rendang Tak Berbuah’ (Hattan).

image is not available

 Team Ajak iaitu Bulan memakan beraksi dengan lagu ‘Dari Kekasih Kepada Kekasih’ (Hattan) dan Yulia -  ‘Selangit’ (Mas Idayu) . Manakala Team Ropi iaitu Aiman tampil dengan lagu ‘Di Penjara Janji’ (Wings) dan Haze - ‘Memburu Rindu’ (Hattan). 

Segmen Tribute Untuk Juri dikhususkan buat Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu sebagai ucapan terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan mereka selama 10 minggu konsert berlangsung, 

Pentas akhir Mic On! Juga bakal dimeriahkan persembahan istimwa daripada dengan gandingan trio sensasi tanahair iaitu Naqiu, Black dan Tomok.

image is not available

Mereka juga turut  menggalas tanggungjawab sebagai hos bersama serta mengisi slot ‘SuarNet’ yang bakal mewakili warganet dan membuat ciapan di platform Twitter sepanjang konsert berlangsung. 

Mic On! musim kedua dikendalikan oleh Issey Fazlisham dan susunan muzik sepanjang berlangsungnya konsert mingguan pula dikemudikan oleh Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Datuk Acis yang bertindak sebagai Pengarah Muzik. 

Jangan lupa saksikan pentas akhir Mic On! Di Awesome TV (saluran Astro 123) dan MyTV (112) pada Jumaat ini 1 April 2022, jam 9.00 malam. 

Gambar: Awesome TV Dan Gambar File 


 

View Original Article