DNB Mengacah Pengenalan 5G Di Johor Bahru Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
11 Mar 2022 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Digital Nasional Berhad kini melalui laman sosial telah mula mengacah pengenalan rangkaian 5G di Johor Bahru tidak lama lagi.

DNB mengatakan kini mereka sedang dalam fasa pemasangan tapak 5G, selain turut melakukan ujian berkala dalam memastikan kualiti perkhidmatan.

image is not available

Pengumuman ini hadir selari dengan kemaskini pada laman rasmi yang menyatakan pembangunan telah dimulakan di beberapa negeri lain – termasuk Johor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Buat masa ini, rangkaian 5G telah ditawarkan untuk pengguna awam di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya. Dengan perkongsian terbaru ini, kita mungkin melihat Johor Bahru menjadi lokasi ke-4 dengan sokongan rangkaian 5G sedia digunakan orang ramai tidak lama lagi.