(VIDEO) “Esok Awak Tak Sekolah Ke?” – Wanita Terkejut Budak Jual Mangga Tepi Jalan Sampai Pukul 11 Malam

22 Mar 2022 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Sya Camelia memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang menjual mangga di tepi jalan sehingga lewat malam telah menarik perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, dilihat kanak-kanak lelaki itu memintanya untuk membeli mangga yang dijual secara borong kerana sudah keletihan.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 2.9M tontonan, 289K tanda suka, dan 4.8K komen di laman TikTok miliknya.

image is not available

Kak tolonglah saya. Belilah buah, saya dah penat, belilah semua.

Menurut laporan Mstar, Sya menemui kanak-kanak itu berdekatan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor kira-kira pukul 11 malam.

@syacamelia87

Semoga adik ni dilindungi oleh Allah SWT???

? original sound – Sya Camelia – Sya Camelia

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa sebak melihat kegigihan kanak-kanak tersebut membantu keluarga mencari duit.

Semoga dipermudahkan segala urusan adik ni – Netizen.

Kesiannya.. kenapa la biar anak sampai tengah malam meniaga cari duit… cerdik budak ni… takut kena culik,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

(VIDEO) "Macam Mana Boleh Lepas?" - Netizen Pelik Tengok Video Kemalangan Langgar Lembu Atas 'Highway'