Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi tolak kemasukan kapal Rusia

1 Mar 2022 • 10:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) menolak hasrat sebuah kapal berbendera Rusia yang membawa bekalan minyak mentah berlabuh di pelabuhan tersebut.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), penolakan tersebut agar tidak melanggar sebarang sekatan sebagaimana yang menjadi prerogatif KLIP.

“MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan,” katanya pada Selasa.

MOT mengambil maklum kapal yang membawa bekalan minyak mentah tersebut dalam perjalanan ke Malaysia dan dijangka berlabuh pada 5 Mac 2022.

Menurut MOT, memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved