Penang, Melaka United sama kuat di Bandaraya

Football
9 Mar 2022 • 12:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENANG FC gagal memanfaatkan kelebihan di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya malam ini.

The Panthers bermula dengan agresif apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit keenam oleh Rafael Vitor Santos De Freitas menyinggah tiang gol Melaka United.

Serangan Penang FC akhirnya membuahkan hasil apabila pemain tengah Muhammad Danial Ashraf Abdullah menjaringkan gol dari sepakan sudut pada minit ke-27 selepas menerima hantaran Muhammad Faiz Mazlan.

Melaka United yang kebanyakannya berkampung di bahagian pertahanan pada awal separuh masa pertama, akhirnya menemui gol penyamaan apabila kapten Penang FC, Abdul Latif Suhaimi menjaringkan gol sendiri susulan sepakan sudut pemain import Sony Norde pada minit ke-40. - Bernama