Moderna Tidak Akan Menguatkuasakan Paten Vaksin Covid-19 Di Negara Berpendapatan Rendah

WorldTechnologyDigitalSpace
9 Mar 2022 • 7:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pandemik Covid-19 masih belum berakhir tetapi semakin dapat dikawal menerusi pengenalan vaksin di peringkat global. Malaysia adalah negara yang mempunyai tahap vaksinasi yang lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat menerusi inisiatif PICK. Tetapi tidak semua negara mempunyai akses kepada vaksin yang setaraf. Ini adalah kerana kos mendapatkan vaksin yang tinggi.

image is not available

Moderna yang berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 mereka sendiri telah bertekad untuk tidak menguatkuasakan paten mereka di 92 negara berpendapatan rendah dan sederhana menerusi inisiatif Gavi COVAX AMC. Mereka turut akan membina sebuah kilang pengeluaran vaksin di Kenya untuk keperluan benua Afrika yang dijangka beroperasi tahun hadapan.

Menurut Moderna ini ialah dedikasi syarikat untuk menghapuskan Covid-19 di peringkat global dan sebagai persediaan untuk pandemik yang seterusnya. Tahun ini Moderna telahpun mengumumkan mereka akan menguji vaksin HIV, kanser, cacar air, dan herpes menggunakan teknologi mRNA.