Banjir gelombang kelima di Terengganu pulih sepenuhnya

5 Mar 2022 • 1:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU – Selepas sembilan hari, banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila semua mangsa terjejas di daerah Hulu Terengganu pulang ke rumah masing-masing pada Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, perkembangan tersebut membolehkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) mula ditutup secara rasmi pada jam 1 petang.

“Seramai 678 penduduk yang berada di empat PPS pulang ke rumah secara berperingkat pagi tadi dengan PPS Balai Raya Kampung Kemat yang menempatkan 201 mangsa ditutup pada jam 11 pagi.

“PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Menerong, Dewan Institut Felcra Betong dan Felcra Gunung Menerong pula ditutup pada jam 1 petang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Terengganu dilanda banjir gelombang kelima bermula Jumaat lalu dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Setiu, Besut, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mencecah 18,000 orang.

Hulu Terengganu merupakan daerah paling teruk terjejas dengan pelbagai kemusnahan akibat banjir lumpur yang turut membawa sisa kayu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved