Vivo Y21T: Maklumat Penjualannya di Malaysia

Digital
25 Mar 2022 • 5:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Vivo Malaysia akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahanyang baru, Vivo Y21T pada hari Sabtu, 26 Mac 2022. Tetapi sehari sebelumnya, mereka telah mengumumkan harga jualannya untuk menarik minat pembeli.

Telefon pintar Vivo Y21T dengan kuasa Snapdragon 680 akan boleh dibeli di Malaysia mulai 26 Mac 2022 pada harga:

  • Vivo Y21T (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM899

image is not available

Mereka yang berminat, boleh mendapatkan Vivo Y21T dari kedai konsep Vivo dan pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia, serta di dalam talian di Stor Online Vivo Malaysia, Lazada dan Shopee. Tiada pula dinyatakan sebarang promosi atau tawaran untuk pembeli awal.

Terdapat dua warna boleh dipilih untuk Vivo Y21T, antara biru dan putih.

Spesifikasi Vivo Y21T

image is not available

Telefon ini dikuasakan cip kelas pertengahan, Snapdragon 680 6nm yang sama dengan Redmi Note 11. RAM LPDDR4x sebanyak 6GB dan storan UFS 2.1 128GB dipasang ke dalamnya. Kad mikroSD sehingga 1TB diterima untuk meluaskan storan.

Bagaimanapun, skrin LCD seluas 6.51-inci pada Vivo Y21T hanyalah beresolusi HD+ iaitu piksel 1600×720. Skrin ini bertakuk kecil di dahi, memuatkan kamera hadapan 8MP. Di belakang pula ada 3 kamera iaitu kamera utama 50MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Pengimbas capjarinya ada di sisi.

Bateri berkapasiti 5,000mAh dibekalkan pada Vivo Y21T dan ia menyokong pengecasan pantas 18W, menerusi USB-C. Pengecas 18W dan kabel USB-C diberikan di dalam kotak.

Sistem operasi yang digunakan pada Vivo Y21T adalah FunTouch OS 12, berasaskan Android 12.

Bacaan Berkaitan