SPRM Sarawak kesan dua lelaki bantu pengurusan kes

16 Mar 2022 • 11:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua lelaki bagi membantu pengurusan kes suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan lelaki itu ialah Steven Jong Thien Wun, 22, beralamat terakhir di No 372 Lorong 6 Batu 17, Jalan Kuching/Serian Siburan, Kuching.

Seorang lagi lelaki ialah Kelvin Chan Peggy, 21, beralamat terakhir di 118-A Kampung Beratok Batu 21, Jalan Kuching/Serian, Kuching.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jasvindar Kaur Lakh Vindar Singh di talian 019-4266 169 atau 082-467701. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved