Kenapa 'Pesalah' Berdiri Di Karpet Merah, PM Atas Simen?

Politics
18 Mar 2022 • 7:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ini yang menunjukkan Ismail Sabri (kiri) berdiri bersama pemimpin UMNO lain pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, kini tular di media sosial. - Gambar Azim Abd Rahman

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa pemimpin UMNO ‘membiarkan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdiri di simen dan bukan di karpet merah ketika bergambar, dianggap tidak adil, malah seolah-olah memperlekehkan pemimpin kanan kerajaan itu.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan pemimpin tersebut di Twitter miliknya, selepas gambar menunjukkan Ismail Sabri yang berdiri bersama kumpulan itu ketika merakamkan foto di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, tular di media sosial.

“Kawan saya di UMNO hantar gambar ini kat (kepada) saya. Mereka merungut penjenayah rasuah 1MDB atas karpet merah, sebaliknya Perdana Menteri pula atas lantai simen. 

“Kenapa layan Perdana Menteri sampai macam ni? Tanya saja?,” soal Nga Kor Ming menerusi ciapaan di Twitter, hari ini.

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakan netizen memberi reaksi berhubung gambar dikongsikan itu, termasuk mempertikaikan tindakan berkenaan.

“Ini modal politik kau. Cukup memalukan. Yang pasti PRU-15 kau kalah teruk. Tunggu kau,” kata pengguna @Bossbm17.

“Ini memang la perangai UMNO sejak dulu. Pentingkan diri sendiri,” catat @zhixinJs.

Bagaimanapun, ada netizen bersangka baik apabila meninggalkan komen bahawa Perdana Menteri adalah individu merendah diri.

“PM jenis rendah diri, menghormati kepimpinan kanan parti tidak seperti orang jahat dari parti tertentu yang menjatuhkan kerajaan sendiri,” tulis @PatsalamT. - Getaran, 18 Mac 2022
 

View Original Article