Waspada hadapi fasa peralihan monsun

13 Mar 2022 • 9:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengingatkan orang ramai terutamanya penduduk yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya bersiap sedia menghadapi banjir susulan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula pada Isnin sehingga pertengahan Mei ini.

Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh berkata, kejadian ribut petir dijangka berlaku dan lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

"Risiko kejadian banjir kilat akan meningkat dan sangat bergantung kepada keupayaan sungai, sistem saliran, kolam takungan, pintu air, rumah pam, pam mudah alih dan lain-lain infrastruktur banjir sedia ada.

"Sebagai persiapan, JPS sentiasa melaksanakan operasi dan kerja-kerja penyelenggaraan semua infrastruktur berkenaan secara berkala supaya ia berfungsi dengan baik.

"Ban dan tebing sungai juga sentiasa dipantau rapi untuk memastikan tindakan serta-merta dilaksanakan apabila berlaku kejadian ban pecah atau tebing runtuh," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, JPS turut melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang kini telah beroperasi penuh di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Sistem ini meramal dan mengeluarkan amaran banjir untuk membantu pasukan penyelamat banjir serta masyarakat bersiap menghadapi banjir.

"Orang ramai juga diingatkan untuk tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga persekitaran supaya aliran sungai tidak terhalang," katanya.

Beliau berkata, maklumat hebahan amaran banjir dan status aras air sungai serta kelebatan hujan di seluruh Malaysia boleh diperoleh daripada laman sesawang Public Infobanjir iaitu https://publicinfobanjir water.gov.my serta aplikasi mobile apps MyPublicinfoBanjir yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved